top of page
IMG_4219.JPG

MengenaLi

Zulkarnain Hasan Basri

Bismillah. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

 

Zulkarnain Bin Hasan Basri, seorang pendakwah yang aktif berdakwah di Jepun dan juga menetap di Jepun. Melalui biasiswa ynag ditawarkan oleh Petronas, beliau melanjutkan pelajaran dalam Kejuteraan Elektrik di Niihama National Collage of Technology yang terletak di Niihama, Ehime, Japan.

Pernah bertugas sebagai jurutera selama 22 tahun di Onkyo Corporation, beliau berkerja selama 12 tahun di Onkyo Bangi Malaysia dan 10 tahun di Onkyo Corporation Japan. Sepanjang 22 tahun berkerja dengan warga Jepun, bagi beliau ini adalah suatu pengalaman yang berharga dan pastinya dimanfaatkan sepanjang hidup. Oleh itu, beliau mengambil langkah dan merasakan inilah peluang yang ada untuk memperkenalkan Islam pada masyarakat Jepun.

Setelah aktif berdakwah (mula aktif berdakwah pada September 2012), beliau kini menjadi pendakwah sepenuh masa dan fokus diberikan kepada Nipon Muslim Corporation yang baru didirikan pada 29 Jan 2019.

Selain itu, Zulkarnain juga menganggotai beberapa pertubuhan dakwah dari Malaysia iaitu Fajar Iman Matahari Terbit, Da'wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri dan Sahabat (DidBMT), Japan Muslim Foundation dan Kyoto Muslim Community.

Beliau juga seringkali muncul di media seperti slot MegaMimbar, Islam Nomichi dalam surat khabar Utasan Malaysia dan rancangan televisyen Shahadah oleh RTM Malaysia.

Fokus yang di ketengahkan oleh beliau adalah berdakwah pada masyarakat Jepun melalui Al-Quran dan beliau berharap dapat mengislamkan lebih ramai masyarakat Jepun suatu hari nanti.

Bismillah.

bottom of page