top of page

Menjadi Pendakwah Sepenuh Masa Mulai April 2019



Bismillah. Assalammualaikum.

Tibalah hari yang saya nantikan, hari di mana saya membuat perubahan yang amat drastik. Alhamdulillah, Allah memudahkan saya apabila isteri dan ahli keluarga menyokong tindakan ini. Tambahan pula pertemuan dengan team Dr Hj Mohd Hizul Azri Bin Hj Md Noor daripada Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia memudahkan lagi proses transisi saya dalam bidang dakwah.

Mulai akhir bulan Mac 2019, saya akan meninggalkan perkerjaan saya sekarang Onkyo Corporation. Saya berkerja di company ini selama 22 tahun. 12 tahun di Onkyo Bangi Malaysia dan 10 tahun lagi berkerja di Onkyo Corporation Japan. 22 tahun pengalaman berkerja dengan warga jepun adalah suatu pengalaman berharga yang pastinya akan saya manafaatkan sepanjang hidup.

Mulai April ini saya beberapa saudara baharu jepun yang memeluk islam, akan berkerja dengan syarikat baru iaitu Nippon Muslim Corporation Syarikat ini berada di bawah kelolaan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia. Kami akan menjalankan perniagaan Halal seperti Restoran makanan Malaysia, barangan halal dan barangan untuk muslimah.

Syarikat ini juga akan berfungsi sebagai agensi pelancongan yang menyediakan khidmat perlancongan untuk siapa sahaja warga Malaysia yang berminat untuk berda’wah sambil melancong. Selain itu, syarikat ini juga akan membawa pelancong muslim dengan menyediakan makanan halal di Jepun.

Fokus ini kami pilih sesuai dengan saranan Allah untuk kita mengembara di muka bumi ciptaan-Nya. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).(QS. Al-Mulk 67:15)

(Mereka itu ialah): orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman (yang bersifat demikian).(QS. At-Taubah 9:112)

Tujuan kami mewujudkan syarikat ini adalah bagi menampung sara hidup para pendakwah di Jepun, di samping melakukan kerja dakwah secara tersusun dan telus. Syarikat ini juga akan membiyai projek pembinaan Japan Da’wah Center in Osaka.

Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".(QS. Al-Baqara 2:201) Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitungan-Nya. (QS. Al-Baqara 2:202).

Sehingga kini saya menganggotai 3 pertubuhan dakwah di Malaysia iaitu;

  • YDKMM-Japan di bawah seliaan Yayasan Dana Kebangsaan Muslim Malaysia di bawah pimpinan Dr Hizul dan Pasukannya. Bersamanyalah tercetusnya pembangunan Japan Da’wah Center melalui Nippon Muslim Corporation. Saudara Afiq Nazari sebagai penasihat khas daripada YDKMM pusat.Saya sebagai Pengerusi, Nurul Athira(Naufal Az-Zahra) sebagai Setiausaha dan Pn Siti Aisyah Shahid sebagai Bendaharinya.

  • Fajar Iman Matahari Terbit yang di pimpin oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim. Tahfiz Al Quran dan Pensyarah di UIA(IIUM). Ustaz Abdullah banyak membantu saya dari segi ilmu memahami Al Quran (tadabbur) dan juga promosinya kepada para pelajarnya yang membantu saya menjana kerja dakwah di sini melalui sumbangan mereka yang berterusan. Dana tersebut kami gunakan untuk berbagai kerja dakwah di Jepun.

  • Saya juga pengasas DidBMT( Da’wah Islam di Bumi Matahari Terbit oleh Zulkarnain Hasan Basri dan Sahabat ). Ahlinya terdiri daripada ahli keluarga saya di Malaysia dan beberapa teman sekolah saya. Sumbangan mereka lebih terfokus untuk pembelian Al Quran terjemahan bahasa Jepun untuk diedarkan kepada warga jepun di sini dan juga kos dakwah yang lain.


2 pertubuhan utama dan sharikat saya di Jepun pula adalah:

  • Japan Muslim Foundation. Pertubuhan ini di tubuhkan untuk menjaga kebajikan muslim di sini ataupun sebagai medium untuk saya menganjurkan seminar yang memerlukan pertubuhan berdaftar.

  • Kyoto Muslim Community. Pertubukan ini di tubuhkan untuk membina masjid dan pusat dakwah yang pertama di Kyoto. Kami masih di peringat cadangan untuk menjayakannya. Kami dianggotai oleh ahli dari perbagai negara.

  • Nippon Muslim Corporation. Kali ini saya menubuhkan Nippon Muslim Corporation untuk melengkapkan pergerakan saya sebagai pendakwah. Sebelum in sebagai NGO, saya tidak dibenarkan mengambil keuntungan sedangkan kos sara hidup sangat diperlukan. Oleh itu syarikat ini diperlukan untuk melengkapkan kerja dakwah kami .


Dengan ini lengkaplah asas untuk kami bergerak di sini dan semoga Allah memberkati usaha kita semua untuk memberi peluang kepada warga Jepun mengenali Islam. Seungguhnya orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (QS. Al-Bayyinah 98:7).

Warga Jepun hanya perlu akidah yang benar sahaja kerana akhlak mereka sebenarnya sudah lama islam. Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. (QS. Al-Anbiya 21:107)

Akhir Sekali, Doakan semoga kami di beri petunjuk, ilmu, rezeki, Berkat dalam menjalankan kerja kerja dakwah ini. Dan di jauhi daripada shaitan dan di lindungi daripada fitnah. Bismillah.

478 views0 comments
bottom of page